Posts

Kraftangan

Image
Industri Kraftangan Hutan amat penting dalam persekitaran kehidupan manusia.  Kewujudan Malaysia di kawasan hutan hujan tropika, iaitu hutan yang paling tua di dunia dan kaya dengan pelbagai spesies telah menyumbangkan banyak hasil hutan. Hasil hutan yang banyak ini telah memberikan sumbangan kepada peningkatan sumber ekonomi negara serta mewujudkan banyak peluang pekerjaan. Hasil hutan adalah terdiri daripada kayu, haiwan dan bukan kayu. Antara hasil hutan bukan kayu yang penting ialah rotan dan buluh. Rotan dan buluh ini mempunyai banyak fungsi iaitu untuk dibuat perabot dan kraftangan. Pada hari ini, industri kraftangan semakin berkembang berbanding sebelum ini kerana pengeluaran kayu semakin dihadkan untuk mengawal penebangan hutan. Melalui penulisan ini, akan dijelaskan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kraftangan di Malaysia, merangkumi apa itu kraftangan, sumbangan dan juga isu-isu yang sering melibatkan industri kecil dan sederhana ini   . Definisi Kraf